Saturday, November 30, 2013

Respect. Bukan Paksaan.

Assalamualaikum W.B.T. 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Dah lama rasanya tak menaip untuk ruang dakwah ni. Kenapa? Entah, mungkin sebab aku bosan, mungkin sebab aku lalai, mungkin sebab aku sibuk atau mungkin entahapapa lagi la. Yang pasti, hakikatnya tidak berubah, aku dah lama tidak menulis di sini.

Sepanjang aku tak menulis di sini, aku bukannya buat something yang tak berfaedah. Aku sibuk. Sibuk mengejar ilmu dunia. Ilmu akhirat. Dan barangkali sibuk memerhati. Memerhati gelagat manusia di sekeliling aku. Termasuk diri aku sendiri.

Okay. Cukup dengan ice breaking kita. Aku mencoret kembali kerana aku diingatkan oleh seseorang. Usaha dakwah takkan pernah ada cuti, MC, EL atau pun Half Day. Mempelajari cara dakwah yang berbeza tak bermaksud kita kena lupakan cara dakwah yang lama. Menjadi seorang Ustaz di masjid masjid tak bermaksud perlu berhenti dari menjadi penulis ( kalau sebelum ni dia penulis la kan). Two things that are different doesn’t means one of them is wrong eyh?

Alamak baru sedar apa yang aku tulis ni macam tak kena je ngan tajuk. Haha. Okay jom tengok balik tajuk tadi. ‘Respect. Bukan Paksaan’. Haa. Sebenarnya aku nak story pasal apa yang terjadi waktu aku praktikal di Hospital Teluk Intan. Background story ni di sebuah surau, waktu zuhur. Lepas je habis solat zuhur berjemaah, aku didatangi seorang lelaki. Agak muda, dalam 20-30an. Aku menghulurkan tangan untuk bersalaman. Dia menyahut. Tapi bukan dengan cara yang biasa. Dia memaksa aku mencium tangannya. Sakit dahi aku sebab dihentam tangannya. Haha. Aku terkejut. Kami berbual sebentar. Cerita tamat.

Apa yang bermain di fikiran aku ialah, perlu ke kita memaksa seseorang untuk mencium tangan kita? Mencium tangan itu satu tanda hormat. Lantas patutkah tanda hormat itu dipaksa? Jangan. Aku risau dari hormat menjadi benci. Okay, aku bagi contoh. Andai kata ada seorang yang sangat jarang ke surau/masjid. Selesai saja dia solat berjemaah dia didatangi seseorang dan memaksa dia mencium tangannya. Aku hampir pasti dia akan terkejut dan kurang berpuas hati.

Aku nak beri satu soalan. Kalau kita seorang yang berilmu, beramal, tapi orang bila salam dengan kita taknak cium tangan kita. Adakah amal dan ilmu kita Allah tak redha?
A.    Allah redha J
B.    Allah tak redha
C.   Penghormatan manusia lagi penting
D.   I have no idea.
Jawapan saya A. fullstop. Biarlah manusia tak hormat kita pun, asal kita hormat manusia lain, itu dah cukup. Saya bukan nak membesarkan perkara yang kecil. Tapi dari bersalaman dan mencium tangan boleh menimbulkan rasa riak. Kalau orang tu nak cium, Alhamdulillah. Kalau tak, mungkin kita masih belum cukup bagus untuk ‘disalami+diciumi’ tangan. Erk, istilah saya mungkin ntahapapa. Maaf. Sekian. Attitude adjustment. :)