Monday, August 6, 2012

kita semua pendakwah! :D


Assalamualaikum.. dah lame rasenya saya tak update blog nie..sibuk dengan study..tapi saya tahu.. dalam berdakwah tiada alasan “tiada masa”.. sentiasa ada masa untuk dakwah ! tu la yang harus menjadi motivasi kita..

Pernah tak kita terlihat orang yang kita kenal membuat kemungkaran? Contohnya, tak solat, tak puasa, berdating dan macam2 lagi la.. mesti penah kan? Dan berapa kali kita cuba nasihatkan mereka? Dan setiap kali kita nak nasihatkan mereka mesti rasa serba salah kan? Itu yang saya lalui dalam menasihati kawan kawan saya.. yela.. saya nie pun bukannya baik sangat.. kadang kadang saya sendiri ada melakukan silap.. malah pernah satu tahap di mana saya rasakan saya malu dan tak layak untuk nasihatkan orang lain.. alasan saya ialah kerana saya sendiri perlu mendidik diri saya dulu..

Itu tanggapan saya.. tetapi saya silap.. jika orang yang baik dan tidak melakukan silap sahaja yang boleh memberi nasihat.. cuba bayangkan berapa ramai yang layak? Dalam menasihati orang lain kita menasihati diri sendiri.. dalam mendidik orang lain kita mendidik diri sendiri.. jadi.. jangan malu untuk menasihati orang lain.. dengan syarat nasihat yang disampaikan mestilah dengan cara yang berhikmah.. bukan dengan cara menjatuhkan maruah orang tersebut.. jika kita masih tidak mampu memberi nasihat.. sekurang kurangnya bencilah kemungkaran yang dilakukan orang tersebut.. ingat! Benci kemungkaran yang dilakukan je..bukan benci orang tersebut.. kerana benci membenci sesama manusia bukanlah sifat yang baik..last but not least, kita semua adalah pendakwah..kerana kita ada sesuatu yang bernama IMAN dan UKHWAH :D










p.s: sentiasa ingat mengingati! Barulah Islam terus kuat! J