Saturday, November 30, 2013

Respect. Bukan Paksaan.

Assalamualaikum W.B.T. 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Dah lama rasanya tak menaip untuk ruang dakwah ni. Kenapa? Entah, mungkin sebab aku bosan, mungkin sebab aku lalai, mungkin sebab aku sibuk atau mungkin entahapapa lagi la. Yang pasti, hakikatnya tidak berubah, aku dah lama tidak menulis di sini.

Sepanjang aku tak menulis di sini, aku bukannya buat something yang tak berfaedah. Aku sibuk. Sibuk mengejar ilmu dunia. Ilmu akhirat. Dan barangkali sibuk memerhati. Memerhati gelagat manusia di sekeliling aku. Termasuk diri aku sendiri.

Okay. Cukup dengan ice breaking kita. Aku mencoret kembali kerana aku diingatkan oleh seseorang. Usaha dakwah takkan pernah ada cuti, MC, EL atau pun Half Day. Mempelajari cara dakwah yang berbeza tak bermaksud kita kena lupakan cara dakwah yang lama. Menjadi seorang Ustaz di masjid masjid tak bermaksud perlu berhenti dari menjadi penulis ( kalau sebelum ni dia penulis la kan). Two things that are different doesn’t means one of them is wrong eyh?

Alamak baru sedar apa yang aku tulis ni macam tak kena je ngan tajuk. Haha. Okay jom tengok balik tajuk tadi. ‘Respect. Bukan Paksaan’. Haa. Sebenarnya aku nak story pasal apa yang terjadi waktu aku praktikal di Hospital Teluk Intan. Background story ni di sebuah surau, waktu zuhur. Lepas je habis solat zuhur berjemaah, aku didatangi seorang lelaki. Agak muda, dalam 20-30an. Aku menghulurkan tangan untuk bersalaman. Dia menyahut. Tapi bukan dengan cara yang biasa. Dia memaksa aku mencium tangannya. Sakit dahi aku sebab dihentam tangannya. Haha. Aku terkejut. Kami berbual sebentar. Cerita tamat.

Apa yang bermain di fikiran aku ialah, perlu ke kita memaksa seseorang untuk mencium tangan kita? Mencium tangan itu satu tanda hormat. Lantas patutkah tanda hormat itu dipaksa? Jangan. Aku risau dari hormat menjadi benci. Okay, aku bagi contoh. Andai kata ada seorang yang sangat jarang ke surau/masjid. Selesai saja dia solat berjemaah dia didatangi seseorang dan memaksa dia mencium tangannya. Aku hampir pasti dia akan terkejut dan kurang berpuas hati.

Aku nak beri satu soalan. Kalau kita seorang yang berilmu, beramal, tapi orang bila salam dengan kita taknak cium tangan kita. Adakah amal dan ilmu kita Allah tak redha?
A.    Allah redha J
B.    Allah tak redha
C.   Penghormatan manusia lagi penting
D.   I have no idea.
Jawapan saya A. fullstop. Biarlah manusia tak hormat kita pun, asal kita hormat manusia lain, itu dah cukup. Saya bukan nak membesarkan perkara yang kecil. Tapi dari bersalaman dan mencium tangan boleh menimbulkan rasa riak. Kalau orang tu nak cium, Alhamdulillah. Kalau tak, mungkin kita masih belum cukup bagus untuk ‘disalami+diciumi’ tangan. Erk, istilah saya mungkin ntahapapa. Maaf. Sekian. Attitude adjustment. :)




Friday, December 21, 2012

elakkan futur. stay safe :)


Assalamualaikum J huu. Dah lame tak update blog. Hmm. Mungkin saya masih lemah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai hamba/pendakwah. Walau macam mane pun, a past is past. Apa yang boleh kita buat bila kita membuat silap? Satu, bertaubat. Taubat mestilah ikhlas. Dua, menyesal dengan silap yang kita dah buat. Menyesal tak bermakna kita perlu mengenang dan hidup dalam kesilapan lalu. Kita Cuma perlu ambil pengajaran dan move on. Simpan azam untuk tidak ulangi kesilapan yang lalu.

 

Okay. Cukup dengan mukadimah. Sebenarnya hari ni nak share pasal sikap futur. Haa. Futur nie ape eh? Senang cite futur nie malas. Tapi bukan sebarangan malas. Futur ialah malas dalam beragama. The question is, macam mana sifat futur nie boleh hadir dalam diri kita. Contoh yang saya nak kongsi kat sini ialah futur hadir dengan berlebih lebihan dalam beragama. Rasulullah S.A.W kesayangan kita kan ada pesan supaya bersederhana di dalam beragama. Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk kurang menuntut ilmu agama. Maksud saya kat sini. Beramal lah bersesuaian dengan tahap iman kita. So, seperti yang kita tahu. Ahli sunnah wal jamaah cakap iman naik dan menurun berdasarkan amalan kita. Kalau kita  rasa kita mampu untuk beramal secara total(amalan wajib+sunat+sunat) jadi silakan. Tapi jika kita rasa tidak mampu, beramal lah dengan yang wajib disusuli dengan perkara sunat sedikit demi sedikit sehingga kita berjaya istiqamah. InsyaAllah J

Apa yang penting dalam amalan ialah kualiti bukannya quantiti. Jika kita membuat amalan yang bertimbun timbun. Tapi dalam tempoh masa yang singkat, kita jadi malas. Kita dah pun tewas dengan sifat futur. Natijahnya, beramal dengan kemampuan, tingkatkan sedikit demi sedikit sehingga istiqamah mampu kita miliki. InsyaAllah J

p.s : kalau ada kekeliruan boleh la rujuk yang lebih arif. Saya pun masih merangkak dalam pencarian ilmu. Yang salah harap dimaafkan. Attitude adjustment. Never give up.

Monday, August 6, 2012

kita semua pendakwah! :D


Assalamualaikum.. dah lame rasenya saya tak update blog nie..sibuk dengan study..tapi saya tahu.. dalam berdakwah tiada alasan “tiada masa”.. sentiasa ada masa untuk dakwah ! tu la yang harus menjadi motivasi kita..

Pernah tak kita terlihat orang yang kita kenal membuat kemungkaran? Contohnya, tak solat, tak puasa, berdating dan macam2 lagi la.. mesti penah kan? Dan berapa kali kita cuba nasihatkan mereka? Dan setiap kali kita nak nasihatkan mereka mesti rasa serba salah kan? Itu yang saya lalui dalam menasihati kawan kawan saya.. yela.. saya nie pun bukannya baik sangat.. kadang kadang saya sendiri ada melakukan silap.. malah pernah satu tahap di mana saya rasakan saya malu dan tak layak untuk nasihatkan orang lain.. alasan saya ialah kerana saya sendiri perlu mendidik diri saya dulu..

Itu tanggapan saya.. tetapi saya silap.. jika orang yang baik dan tidak melakukan silap sahaja yang boleh memberi nasihat.. cuba bayangkan berapa ramai yang layak? Dalam menasihati orang lain kita menasihati diri sendiri.. dalam mendidik orang lain kita mendidik diri sendiri.. jadi.. jangan malu untuk menasihati orang lain.. dengan syarat nasihat yang disampaikan mestilah dengan cara yang berhikmah.. bukan dengan cara menjatuhkan maruah orang tersebut.. jika kita masih tidak mampu memberi nasihat.. sekurang kurangnya bencilah kemungkaran yang dilakukan orang tersebut.. ingat! Benci kemungkaran yang dilakukan je..bukan benci orang tersebut.. kerana benci membenci sesama manusia bukanlah sifat yang baik..last but not least, kita semua adalah pendakwah..kerana kita ada sesuatu yang bernama IMAN dan UKHWAH :D










p.s: sentiasa ingat mengingati! Barulah Islam terus kuat! J

Saturday, June 30, 2012

Susah ke ?


Selalu kita alami situasi ni..satu soalan tapi kita akan dapat pelbagai jawapan.. Persoalan yang kita nak bincang dalam topik nie ialah dalam hidup nie apa yang paling susah ? Lain orang mestilah lain jawapannya kan..? Tapi bagi saya.. yang paling susah dalam hidup nie ialah ISTIQAMAH & IKHLAS..

ISTIQAMAH

Secara umumnya istiqamah nie berterusan atau pun konsisten.. susah ke nak konsisten nie.? Ya.. mmg susah terutamanya ingin konsisten dalam beribadat merebut cinta Allah.. kenapa.? Sebab utama, kita sebagai manusia mempunyai nafsu.. nafsu adalah musuh kedua kita selepas syaitan.. memang sukar nak istiqamah nie tapi tak mustahil.. mulakan dengan perlahan.. maksud saya bermula dengan perkara yang kecil terlebih dahulu.. lepas kita rasa kita dah mampu baru la kita mulakan dengan perkara yang lebih berat.. walau apapun.. kita kena lah ikhlas kerana Allah dalam ibadat kita barulah istiqamah menjadi lebih dekat di hati kita.. ha.. sebut pasal ikhlas.. jom kita tengok  kenapa ikhlas nie susah ek.?

IKHLAS

Antara sebab ikhlas menjadi sukar ialah ikhlas lahir daripada hati.. saya pernah dengar ustaz cakap seorang mukmin ialah seseorang yang kehadirannya tidak disedari dan jika dia tiada takkan dicari.. maksud dari ayat ustaz nie ialah sebagai seorang mukmin, ibadat yang dilakukannya akan dilakukan secara sembunyi.. walau apa cara sekalipun.. dia akan berusaha bersungguh sungguh untuk menyembunyikan ibadatnya.. ini lah yang dikatakan ikhlas.. kita beribadat hanya untuk Allah.. hidup, mati, ibadat hanya untuk Allah yang satu.. ketika kita beribadat, Allah akan melihat hati kita, jadi kita perlulah pastikan hati kita tidak lalai dan sentiasa ikhlas.. cuba tanya pada diri sendiri.. adakah kita antara golongan yang hatinya tidak pernah sekalipun terlintas sifat ujub, takbur ataupun sifat sifat mazmumah yang lain? Tepuk dada tanya iman.. secara jujur.. saya bukan dalam golongan itu L tapi saya akan berusaha untuk masuk ke golongan tersebut.. yang penting.. ISTIQAMAH & IKHLAS J

Wednesday, March 28, 2012

Biasiswa akhirat vs biasiswa dunia ?

Bila tengok balik situasi zaman sekarang.. dasyat betul.. belajar pun nak kena pakai berpuluh puluh ribu.. So para pelajar pun kelam kabut la nak dapatkan biasiswa and pinjaman semua nie.. tapi nak dapat bukan senang.. mesti ada kelayakan yang bagus.. tapi kita tak sedar.. ada biasiswa yang lebih penting yang perlu kita kejar dan tak memerlukan kelayakan yang tinggi pun.. jom usha sikit biasiswa apa dan macam mana nak dapatkan..

Biasiswa akhirat :

1. Syafaat Rasulullah S.A.W
§         Hanya perlu mengingati baginda S.A.W
§         Amalkan sunah Rasulullah S.A.W
§         Rajin berselawat ke atas S.A.W
§         Sambung perjuangan dakwah baginda

2. Naungan Arasy
§         Terbuka kepada semua umat Islam
§         Jatuh cinta kepada masjid
§         Lelaki yang menolak godaan wanita
§         Orang jahat yang bertaubat

3. Pembelaan Al Quran
§         Membaca Al Quran dengan tajwid dan hokum yang betul
§         Mempelajari Al Quran
§         Mengamalkan ajaran Al Quran
§         Mencintai Al Quran


Tiga bantuan nie adalah antara contoh yang dapat saya beri. Tengok perbezaannya dengan biasiswa dunia. Tak perlu interview, tak perlu memohon, dan has untuk ISLAM sahaja. Kita bertuah kan? Allah bagi kita keutamaan untuk dapatkan biasiswa nie. Bantuan bantuan nie la yang kita perlukan di akhirat kelak. Kalau nak harapkan amalan kita yang membela kita nanti, tak tahu la cukup bagus ke tak. Hanya kepada Allah kita berserah dan hanya kepada Allah kita memohon pertolongan. Mudah mudahan kita antara yang terpilih untuk dapatkan bantuan bantuan di atas.. amiinn J


Saturday, February 11, 2012

nafsu..?jahat ke baik..?

Nafsu.. ciptaannya pasti ada hikmah..memang..nafsu nyata lebih degil dari syaitan.. nafsu hanya mengaku Allah S.W.T sebagai tuhan setelah dicampak ke dalam api neraka selama lebih 90 000 tahun.. saya sebagai penulis juga tidak terlepas dari mengikut nafsu.. tetapi.. yang sebenarnya.. nafsu boleh dididik.. bagaimana..? mestilah dengan iman..

Sebagai contoh.. para ulama juga mempunyai nafsu..tetapi nafsu mereka cenderung kearah suruhan Allah..hal ini kerana nafsu mereka telah ditundukkan dengan kekuatan iman.. percayalah..jika kita berjaya mendidik nafsu kita dengan iman..pasti..kehidupan kita akan menjadi tenang dan diredhai..

Untuk mendidik nafsu..bukanlah satu perkara yang mudah..tetapi bukan juga satu perkara yang mustahil.. untuk melakukannya.. kita perlu istiqamah dalam membuat perubahan.. haa.. nak istiqamah nie yang susah sikit kan..? sebagai contoh.. kita dah tanam niat dalam hati nak amalkan bacaan Quran setiap selesai solat fardhu.. satu muka surat pun jadi la.. tapi.. tak sampai sebulan.. kita dah tewas.. kita ta boleh putus asa bila jadi macam tu..seeloknya kita teruskan usaha sehingga kita berjaya istiqamah.. sebaiknya jika kita mulakan dengan perkara yang kecil..contoh.. kita nak jaga solat fardhu kita.. lebih baik kita mulakan dengan tidak melambat lambatkan solat..bila dah maintain.. kita up grade pulak solat di awal waktu.. bila nie pun dah berjaya amalkan.. kita up grade solat berjemaah pulak..kan bagus.. biar lambat..janji istiqamah..

Dengan mengamalkan perkara perkara baik.. insyaAllah nafsu kita juga akan terdorong kearah kebaikan.. ada sesetengah kes yang dia melakukan amalan kebaikan..dalam masa yang sama dia melakukan kemaksiatan.. dalam hal ini.. nafsunya masih di peringkat pertengahan.. tapi..jika dia mendidik nafsunya..pasti dia dapat meninggalkan perkara perkara mungkar..

Saya sendiri pun masih dalam usaha untuk mendidik nafsu saya.. saya akui.. dalam usaha saya untuk berubah dan kekalkan taubat yang diniatkan.. saya juga beberapa kali tertewas dengan bisikan syaitan dan desakan nafsu.. tapi saya takkan berputus asa kerana taubat nasuha yang saya dambakan..mudah mudahan saya antara hamba hina yang terpilih untuk taubatnya diterima sebagai taubat nasuha..insyaAllah.. J

Ya Allah..aku mahukan taubat nasuha.. :(

MALU..tu lah perasaan yg timbul bila cuba buat refleksi diri.. kenapa saya cakap macamtu..? Bayangkan.. saya dapat tahu Islam dihina..Islam dipandang rendah.. memang saya akan marah..malah saya rasa semua muslim akan merasa marah.. tapi kemarahan tu harus disalurkan dengan betul..bukan dengan kata kata keji..bukan dengan keganasan.. sebaliknya dengan kelembutan Islam.. tapi macam mana saya nak gunakan kelembutan Islam..??jika saya sendiri lemah mengamalkan Islam.. L

Bila saya ingin meluahkan kemarahan terhadap org yg menghina Islam..saya rasa malu..sebab bila dilihat..saya lebih HINA dari mereka..saya marah jika mereka menghina Islam..tapi tanpa saya sedar sudah banyak larangan Allah yg saya lakukan..sudah banyak suruhan Allah yg saya abaikan..banyak perkara maksiat yg telah dilakukan..adkah perbuatan saya ini tidak menghina Islam..?? Ya.. saya lagi hina dari mereka.. saya ibarat menghina Islam secara senyap.. “Ya Allah..ampunkan dosa hambaMu ini..yg sering melakukan kesilapan yg sama..”

Jadi..untuk mempertahankan Islam dari dihina dan dikeji.. kita sendiri perlu berhenti dari melakukannya..macam mane..?? lakukan segala suruhan Allah..tinggalkan segala laranganNya.. jangan jemu untuk bertaubat..dapatkan taubat nasuha..agar nanti…bila Islam dihina..kita sudah bersedia mempertahankannya.. J

Saya ingin memohon jasa baik para pembaca..doakan agar saya berjaya mendapatkan taubat nasuha yg diidamkan.. jika kita mendoakn saudara kita.. kita akn peroleh syafaat yg sama..mudah mudahan kita semua mendapat taubat nasuha..insyaAllah.. J