Saturday, February 11, 2012

nafsu..?jahat ke baik..?

Nafsu.. ciptaannya pasti ada hikmah..memang..nafsu nyata lebih degil dari syaitan.. nafsu hanya mengaku Allah S.W.T sebagai tuhan setelah dicampak ke dalam api neraka selama lebih 90 000 tahun.. saya sebagai penulis juga tidak terlepas dari mengikut nafsu.. tetapi.. yang sebenarnya.. nafsu boleh dididik.. bagaimana..? mestilah dengan iman..

Sebagai contoh.. para ulama juga mempunyai nafsu..tetapi nafsu mereka cenderung kearah suruhan Allah..hal ini kerana nafsu mereka telah ditundukkan dengan kekuatan iman.. percayalah..jika kita berjaya mendidik nafsu kita dengan iman..pasti..kehidupan kita akan menjadi tenang dan diredhai..

Untuk mendidik nafsu..bukanlah satu perkara yang mudah..tetapi bukan juga satu perkara yang mustahil.. untuk melakukannya.. kita perlu istiqamah dalam membuat perubahan.. haa.. nak istiqamah nie yang susah sikit kan..? sebagai contoh.. kita dah tanam niat dalam hati nak amalkan bacaan Quran setiap selesai solat fardhu.. satu muka surat pun jadi la.. tapi.. tak sampai sebulan.. kita dah tewas.. kita ta boleh putus asa bila jadi macam tu..seeloknya kita teruskan usaha sehingga kita berjaya istiqamah.. sebaiknya jika kita mulakan dengan perkara yang kecil..contoh.. kita nak jaga solat fardhu kita.. lebih baik kita mulakan dengan tidak melambat lambatkan solat..bila dah maintain.. kita up grade pulak solat di awal waktu.. bila nie pun dah berjaya amalkan.. kita up grade solat berjemaah pulak..kan bagus.. biar lambat..janji istiqamah..

Dengan mengamalkan perkara perkara baik.. insyaAllah nafsu kita juga akan terdorong kearah kebaikan.. ada sesetengah kes yang dia melakukan amalan kebaikan..dalam masa yang sama dia melakukan kemaksiatan.. dalam hal ini.. nafsunya masih di peringkat pertengahan.. tapi..jika dia mendidik nafsunya..pasti dia dapat meninggalkan perkara perkara mungkar..

Saya sendiri pun masih dalam usaha untuk mendidik nafsu saya.. saya akui.. dalam usaha saya untuk berubah dan kekalkan taubat yang diniatkan.. saya juga beberapa kali tertewas dengan bisikan syaitan dan desakan nafsu.. tapi saya takkan berputus asa kerana taubat nasuha yang saya dambakan..mudah mudahan saya antara hamba hina yang terpilih untuk taubatnya diterima sebagai taubat nasuha..insyaAllah.. J

Ya Allah..aku mahukan taubat nasuha.. :(

MALU..tu lah perasaan yg timbul bila cuba buat refleksi diri.. kenapa saya cakap macamtu..? Bayangkan.. saya dapat tahu Islam dihina..Islam dipandang rendah.. memang saya akan marah..malah saya rasa semua muslim akan merasa marah.. tapi kemarahan tu harus disalurkan dengan betul..bukan dengan kata kata keji..bukan dengan keganasan.. sebaliknya dengan kelembutan Islam.. tapi macam mana saya nak gunakan kelembutan Islam..??jika saya sendiri lemah mengamalkan Islam.. L

Bila saya ingin meluahkan kemarahan terhadap org yg menghina Islam..saya rasa malu..sebab bila dilihat..saya lebih HINA dari mereka..saya marah jika mereka menghina Islam..tapi tanpa saya sedar sudah banyak larangan Allah yg saya lakukan..sudah banyak suruhan Allah yg saya abaikan..banyak perkara maksiat yg telah dilakukan..adkah perbuatan saya ini tidak menghina Islam..?? Ya.. saya lagi hina dari mereka.. saya ibarat menghina Islam secara senyap.. “Ya Allah..ampunkan dosa hambaMu ini..yg sering melakukan kesilapan yg sama..”

Jadi..untuk mempertahankan Islam dari dihina dan dikeji.. kita sendiri perlu berhenti dari melakukannya..macam mane..?? lakukan segala suruhan Allah..tinggalkan segala laranganNya.. jangan jemu untuk bertaubat..dapatkan taubat nasuha..agar nanti…bila Islam dihina..kita sudah bersedia mempertahankannya.. J

Saya ingin memohon jasa baik para pembaca..doakan agar saya berjaya mendapatkan taubat nasuha yg diidamkan.. jika kita mendoakn saudara kita.. kita akn peroleh syafaat yg sama..mudah mudahan kita semua mendapat taubat nasuha..insyaAllah.. J

Friday, February 3, 2012

cintai sunah Rasulullah :)

Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum.. wah..! seronoknya saya kebelakangan nie.. knpa..? sbb nya sejak kebelakangan nie.. da makin ramai saya nampak syabab2 dan ukhti2 Islam bangun menyebarkan dakwah dan menyambung sunah Rasulullah.. J walaupun cara mereka berbeza.. tapi tujuan mereka sama.. ada yg berjuang melalui laman facebook.. ad yg menyampaikan melalui medan blog.. dan ad yg menasihati melalui sms.. yg penting ikhlas kerana Allah.. J

Kita kena ingat.. Kita nie penyambung generasi Islam.. Rasulullah menaruh harapan pada kita supaya memperjuangkan Islam.. walaupun Rasulullah tak pernah berjumpa dengan kita.. tapi Rasulullah menyatakan bahawa Baginda rindu dengan saudaranya..sperti hadis:

“aku ingin sekali bertemu dengan saudara-saudara kita”.. Lalu para sahabat pun bertanya: “bukankah kami semua saudaramu ya Rasulullah..?”.. Rasulullah menjawab, “bukan, kalian adalah sahabat sahabatku,sedangkan saudaraku adalah mereka yang hidup setelah ku..”
                                                                                                    (Musnad Imam Ahmad)
Kalau kita betul2 hayati kasih sayang Rasulullah terhadap kita..pasti kita akan menangis..
Tapi pernah ta kita terpikir betapa kecewanya Rasulullah bila kita ta ikut ajarannya dan abaikan sunahnya.. Rasulullah selalu mendahulukan umatnya tapi adakah kita selalu merindui Rasulullah..? Saya menulis bukan kerana saya bagus.. saya juga sring lalai dan tewas dalam bermujahadah..tetapi.. jika org yang betul2 baik dan sempurna sahaja yang boleh mmberi nasihat dan dakwah..nescaya pasti tiada kedengaran kata2 nasihat mahupun dakawah.. saya amat berharap nukilan ini menjadi dorongan dan nasihat pada diri saya dan syabab serta ukhti yang berada di medan perjuangan pada akhir zaman ini..

Ketahuilah.. kita perlu mendidik iman dan takwa kita agar dapat membimbing nafsu kearah kebaikan.. amalkan sunah Rasulullah dan jauhi larangan Allah.. jaga suruhanNya dan insyaAllah iman dan takwa kita dapat diperbaiki.. jika kita tewas ketika masih dalam proses untuk mengubah diri kita.. jgn mudah mengalah.. yakinlah bahawa Allah Maha Pengampun dan teruslah berusaha sehingga kita berjaya menjadi muslim sejati.. insyaAllah.. J