Assalamualaikum..
dah lame rasenya saya tak update blog nie..sibuk dengan study..tapi saya tahu..
dalam berdakwah tiada alasan “tiada masa”.. sentiasa ada masa untuk dakwah ! tu
la yang harus menjadi motivasi kita..
Pernah tak kita
terlihat orang yang kita kenal membuat kemungkaran? Contohnya, tak solat, tak
puasa, berdating dan macam2 lagi la.. mesti penah kan ? Dan berapa kali kita cuba nasihatkan mereka? Dan setiap
kali kita nak nasihatkan mereka mesti rasa serba salah kan ? Itu yang saya lalui dalam menasihati
kawan kawan saya.. yela.. saya nie pun bukannya baik sangat.. kadang kadang
saya sendiri ada melakukan silap.. malah pernah satu tahap di mana saya rasakan
saya malu dan tak layak untuk nasihatkan orang lain.. alasan saya ialah kerana
saya sendiri perlu mendidik diri saya dulu..
Itu tanggapan
saya.. tetapi saya silap.. jika orang yang baik dan tidak melakukan silap
sahaja yang boleh memberi nasihat.. cuba bayangkan berapa ramai yang
layak? Dalam menasihati orang lain kita menasihati diri sendiri.. dalam
mendidik orang lain kita mendidik diri sendiri.. jadi.. jangan malu untuk
menasihati orang lain.. dengan syarat nasihat yang disampaikan mestilah dengan
cara yang berhikmah.. bukan dengan cara menjatuhkan maruah orang tersebut..
jika kita masih tidak mampu memberi nasihat.. sekurang kurangnya bencilah
kemungkaran yang dilakukan orang tersebut.. ingat! Benci kemungkaran yang
dilakukan je..bukan benci orang tersebut.. kerana benci membenci sesama manusia
bukanlah sifat yang baik..last but not least, kita semua adalah pendakwah..kerana kita ada sesuatu yang bernama IMAN dan UKHWAH :D
p.s: sentiasa ingat mengingati! Barulah Islam terus kuat! J
No comments:
Post a Comment