Saturday, June 30, 2012

Susah ke ?


Selalu kita alami situasi ni..satu soalan tapi kita akan dapat pelbagai jawapan.. Persoalan yang kita nak bincang dalam topik nie ialah dalam hidup nie apa yang paling susah ? Lain orang mestilah lain jawapannya kan..? Tapi bagi saya.. yang paling susah dalam hidup nie ialah ISTIQAMAH & IKHLAS..

ISTIQAMAH

Secara umumnya istiqamah nie berterusan atau pun konsisten.. susah ke nak konsisten nie.? Ya.. mmg susah terutamanya ingin konsisten dalam beribadat merebut cinta Allah.. kenapa.? Sebab utama, kita sebagai manusia mempunyai nafsu.. nafsu adalah musuh kedua kita selepas syaitan.. memang sukar nak istiqamah nie tapi tak mustahil.. mulakan dengan perlahan.. maksud saya bermula dengan perkara yang kecil terlebih dahulu.. lepas kita rasa kita dah mampu baru la kita mulakan dengan perkara yang lebih berat.. walau apapun.. kita kena lah ikhlas kerana Allah dalam ibadat kita barulah istiqamah menjadi lebih dekat di hati kita.. ha.. sebut pasal ikhlas.. jom kita tengok  kenapa ikhlas nie susah ek.?

IKHLAS

Antara sebab ikhlas menjadi sukar ialah ikhlas lahir daripada hati.. saya pernah dengar ustaz cakap seorang mukmin ialah seseorang yang kehadirannya tidak disedari dan jika dia tiada takkan dicari.. maksud dari ayat ustaz nie ialah sebagai seorang mukmin, ibadat yang dilakukannya akan dilakukan secara sembunyi.. walau apa cara sekalipun.. dia akan berusaha bersungguh sungguh untuk menyembunyikan ibadatnya.. ini lah yang dikatakan ikhlas.. kita beribadat hanya untuk Allah.. hidup, mati, ibadat hanya untuk Allah yang satu.. ketika kita beribadat, Allah akan melihat hati kita, jadi kita perlulah pastikan hati kita tidak lalai dan sentiasa ikhlas.. cuba tanya pada diri sendiri.. adakah kita antara golongan yang hatinya tidak pernah sekalipun terlintas sifat ujub, takbur ataupun sifat sifat mazmumah yang lain? Tepuk dada tanya iman.. secara jujur.. saya bukan dalam golongan itu L tapi saya akan berusaha untuk masuk ke golongan tersebut.. yang penting.. ISTIQAMAH & IKHLAS J

No comments:

Post a Comment