Friday, December 21, 2012

elakkan futur. stay safe :)


Assalamualaikum J huu. Dah lame tak update blog. Hmm. Mungkin saya masih lemah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai hamba/pendakwah. Walau macam mane pun, a past is past. Apa yang boleh kita buat bila kita membuat silap? Satu, bertaubat. Taubat mestilah ikhlas. Dua, menyesal dengan silap yang kita dah buat. Menyesal tak bermakna kita perlu mengenang dan hidup dalam kesilapan lalu. Kita Cuma perlu ambil pengajaran dan move on. Simpan azam untuk tidak ulangi kesilapan yang lalu.

 

Okay. Cukup dengan mukadimah. Sebenarnya hari ni nak share pasal sikap futur. Haa. Futur nie ape eh? Senang cite futur nie malas. Tapi bukan sebarangan malas. Futur ialah malas dalam beragama. The question is, macam mana sifat futur nie boleh hadir dalam diri kita. Contoh yang saya nak kongsi kat sini ialah futur hadir dengan berlebih lebihan dalam beragama. Rasulullah S.A.W kesayangan kita kan ada pesan supaya bersederhana di dalam beragama. Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk kurang menuntut ilmu agama. Maksud saya kat sini. Beramal lah bersesuaian dengan tahap iman kita. So, seperti yang kita tahu. Ahli sunnah wal jamaah cakap iman naik dan menurun berdasarkan amalan kita. Kalau kita  rasa kita mampu untuk beramal secara total(amalan wajib+sunat+sunat) jadi silakan. Tapi jika kita rasa tidak mampu, beramal lah dengan yang wajib disusuli dengan perkara sunat sedikit demi sedikit sehingga kita berjaya istiqamah. InsyaAllah J

Apa yang penting dalam amalan ialah kualiti bukannya quantiti. Jika kita membuat amalan yang bertimbun timbun. Tapi dalam tempoh masa yang singkat, kita jadi malas. Kita dah pun tewas dengan sifat futur. Natijahnya, beramal dengan kemampuan, tingkatkan sedikit demi sedikit sehingga istiqamah mampu kita miliki. InsyaAllah J

p.s : kalau ada kekeliruan boleh la rujuk yang lebih arif. Saya pun masih merangkak dalam pencarian ilmu. Yang salah harap dimaafkan. Attitude adjustment. Never give up.

No comments:

Post a Comment