Saturday, February 11, 2012

nafsu..?jahat ke baik..?

Nafsu.. ciptaannya pasti ada hikmah..memang..nafsu nyata lebih degil dari syaitan.. nafsu hanya mengaku Allah S.W.T sebagai tuhan setelah dicampak ke dalam api neraka selama lebih 90 000 tahun.. saya sebagai penulis juga tidak terlepas dari mengikut nafsu.. tetapi.. yang sebenarnya.. nafsu boleh dididik.. bagaimana..? mestilah dengan iman..

Sebagai contoh.. para ulama juga mempunyai nafsu..tetapi nafsu mereka cenderung kearah suruhan Allah..hal ini kerana nafsu mereka telah ditundukkan dengan kekuatan iman.. percayalah..jika kita berjaya mendidik nafsu kita dengan iman..pasti..kehidupan kita akan menjadi tenang dan diredhai..

Untuk mendidik nafsu..bukanlah satu perkara yang mudah..tetapi bukan juga satu perkara yang mustahil.. untuk melakukannya.. kita perlu istiqamah dalam membuat perubahan.. haa.. nak istiqamah nie yang susah sikit kan..? sebagai contoh.. kita dah tanam niat dalam hati nak amalkan bacaan Quran setiap selesai solat fardhu.. satu muka surat pun jadi la.. tapi.. tak sampai sebulan.. kita dah tewas.. kita ta boleh putus asa bila jadi macam tu..seeloknya kita teruskan usaha sehingga kita berjaya istiqamah.. sebaiknya jika kita mulakan dengan perkara yang kecil..contoh.. kita nak jaga solat fardhu kita.. lebih baik kita mulakan dengan tidak melambat lambatkan solat..bila dah maintain.. kita up grade pulak solat di awal waktu.. bila nie pun dah berjaya amalkan.. kita up grade solat berjemaah pulak..kan bagus.. biar lambat..janji istiqamah..

Dengan mengamalkan perkara perkara baik.. insyaAllah nafsu kita juga akan terdorong kearah kebaikan.. ada sesetengah kes yang dia melakukan amalan kebaikan..dalam masa yang sama dia melakukan kemaksiatan.. dalam hal ini.. nafsunya masih di peringkat pertengahan.. tapi..jika dia mendidik nafsunya..pasti dia dapat meninggalkan perkara perkara mungkar..

Saya sendiri pun masih dalam usaha untuk mendidik nafsu saya.. saya akui.. dalam usaha saya untuk berubah dan kekalkan taubat yang diniatkan.. saya juga beberapa kali tertewas dengan bisikan syaitan dan desakan nafsu.. tapi saya takkan berputus asa kerana taubat nasuha yang saya dambakan..mudah mudahan saya antara hamba hina yang terpilih untuk taubatnya diterima sebagai taubat nasuha..insyaAllah.. J

No comments:

Post a Comment