Monday, December 19, 2011

Awas..! Jangan tertipu dengan syaitan..!

Syaitan da berjanji yang dia akan terus menerus menghasut dan menyesatkan anak Adam.. Dan syaitan nie musuh yang ta boleh dipandang rendah sebab cara dia sesatkan remaja Islam pada masa kini amat licik.. Bagaimana caranye ye..? Ha..syaitan menyesatkan remaja Islam melalui ‘kebaikan’… Bunyi mcam pelik..tapi tu la yg terjadi dan ramai remaja Islam yang tewas..

Cara baik yang dimaksudkan ialah melalui ibadat kita.. Yup..betul kita beribadat..tapi sekarang nie ramai remaja Islam yang beribadat sebab nak dapatkan pujian manusia.. Hal ini termasuklah diri saye sendiri.. Astaghfirullah.. Kadang kala niat kita berubah secara sendirinya.. Mula-mula memang kita niatkan kerana Allah Taala tetapi halusnya bisikan syaitan telah menukar niat kita.. Jika hal ini berlaku.. cepatlah beristighfar agar ibadat kita terjaga..

Satu lagi situasi yang melibatkan remaja Islam pada masa kini ialah situasi cinta Islam dan cinta Allah.. Ya, memang cinta cara Islam adalah yang terbaek.. tetapi masalah timbul bile remaja Islam salah faham dengan konsep cinta Islam tersebut.. Ramai pasangan yang menganggap dengan berbalas-balas pesanan ringkas yang mengandungi unsur nasihat dapat menjaga mereka dari zina walhal dalam hati mereka timbul rasa sayang dan rasa suke sehingga melebihi rase cinta mereka kepada Allah.. Ada juga antara pasangan remaja Islam yang saling ingat mengingati untuk bangun mengerjakan Qiam.. Memang hal ini bagus tetapi tanpa kita sedari telah berlakunya zina hati.. Bagaimana zina hati boleh berlaku..? Zina hati nie berlaku bila rasa rindu, sayang dan bermacam-macam lagi perasaan timbul.. Malah setiap saat asyik teringatkan pasangan masing-masing sehingga terbawa-bawa dalam solat..

Sebenarnya cara cinta Islam yang sebenarnya ialah tidak terlalu memikirkan orang yang kita suke sebaliknya kita yakin Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita dan jika  dia ialah insan yang terbaik untuk kita maka pasti ada jodohnya.. Jika kita berhubung pun..hanya  mengenai perkara-perkara penting agar tidak melalaikan kita dari mengingati Allah.. Remaja Islam pada masa kini digalakkan banyak membaca buku-buku Islamik agar tidak mudah disesatkan dengan tipu daya syaitan..papepun kite kene la pastikan konsep yang kita faham tu betul dan betul cara pelaksanaannya.. J

No comments:

Post a Comment