Sunday, December 4, 2011

betol ke kite sayang Allah..?

Seperti kebiasaannya, Hanif tidak lupa untuk meluangkan masa malamnya untuk bersama Kekasih hatinya. Usai melakukan solat sunat tahajud, solat sunat taubat dan solat sunat hajat, dia menyambung ibadatnya dengan tadarus Al-Quran. Ternyata, dia merasakan suatu ketenangan pabila melewati ‘surat-surat cinta’ yang telah Allah turunkan untuk hambaNya. Selepas itu, dia bertaaruf dan bermuhasabah diri sementara menunggu masuknya waktu Subuh. Dalam pengabadiannya kepada Al-Khaleed, dia merasakan dirinya begitu kerugian. Firman Allah S.W.T :

“Demi masa. Sesungguhnya manusia di dalam kerugian.”

Dan ternyata, dia merupakan antara orang-orang yang kerugian. Masa silamnya telah banyak terbuang dengan maksiat dan melanggar larangan Allah. Suruhan Allah dianggap perkara remeh. “Astaghfirullah..” Hanif hanya mampu beristighfar bila mengenangkan dirinya yang jahil.

* * * * *

“Kau nie Hanif, tiap-tiap malam keluar dengan si Sofea tu. Kau kene ingat, korang tu bukannya ade pape ikatan sah. Haram kau tau.” “Ala,kau nie kecoh la Im. Bukannya aku buat pape pun dengan dia. Setakat gi tengok wayang tu biase la.” Imtiyaz hanya mampu menggeleng kepala mendengar jawapan Hanif. Memang, dia sudah masak dengan perangai rakan serumahnya itu. “Haram tetap haram Hanif,” kata-kata yang hanya terlintas di hati seorang sahabat.

Imtiyaz sedar Hanif tidak boleh dipersalahkan. Lahir dalam sebuah keluarga yang kaya menyebabkan dia menjadi begitu. Ditambah pula dengan kekurangan perhatian oleh kedua ibu bapa yang sibuk mencari kekayaan dunia, Hanif tidak mendapat didikan agama yang sewajarnya sejak dari kecil. Kini, Hanif hanya mengejar keseronokan dunia. Malah, di usia 20 tahun dan bergelar mahasiswa di sebuah universiti tempatan, dia sudah mampu memiliki Honda Cr-Z. Tidak hairan jika dia menjadi kegilaan mahasiswi-mahasiswi di tambah dengan rupa paras yang tampan. Walaubagaimanapun, Imtiyaz tidak pernah jemu menasihati rakan karibnya itu. Dia yakin Hanif mampu berubah. Hidayah itu milik Allah kan..?

* * * * *


“Aduh Im..aku ade prob la..” luah Hanif kepada Imtiyaz merangkap kawan baiknya dan pendengar setianya. “Kau ada prob ape lak nie..?Lau pasal duit sorie ar..kau pun lagi kaye dari aku..takan ak na tolong kau..” lancar Imtiyaz meluahkan kata-kata walaupun dia sedar amat mustahil Hanif mengalami masalah berkaitan kewangan. “Nie bukan pasal duet la..Nie pasal..erm..” serba salah Hanif ingin meluahkan apa yang bersarang di hati. “Pasal ape..?” sergah Imtiyaz. “Pasal ade satu buku aku bace..aku dapat buku tu dari pensyarah kite..Ustazah Rabiah..” terluah juga apa yang ingin di katakan. “Kenape dengan buku tu..?takan kau takot dengan buku kot...” sindir Imtiyaz. “Bukanla..tapi en..ak pun tatau kenape ak bce buku tu..aku nie bukannye minat membace..lagi satu..bile aku bace pasal Cinta Allah..bulu roma aku meremang doe..” tulus kata-kata yang keluar dari mulut Hanif. “La..tu je ke..kau nie..er..tu mknenye…” “mknenye ape Im..?” “Allah still sayang kau..kau sayang Allah..?” soal Imtiyaz..Kelu lidah Hanif. Dia tidak pasti apa yang boleh diberi sebagai jawapan. “Aku sayang Allah ta..?”

* * * * *

Hanif masih bingung dengan persoalan Imtiyaz tempoh hari. Dia ingin menjawab bahawa dia sayang pada penciptanya, Allah Azza Wa Jalla. Tetapi, dia tidak mampu. Dia sedar dia banyak melakukan maksiat. Melanggar laranganNya. Malah dia tidak pernah mengerjakan suruhanNya seperti solat dan berpuasa. Adakah ini yang dilakukan sekiranya dia sayang kepada Allah? Jika kita menyayangi seseorang adakah kita akan mengingkarinya?Adakah kita akan menjauhinya? Tidak.Disebabkan itulah, dia merasakan dia tidak layak untuk menyatakan cintanya. Tetapi dia rindu. Dia ingin menyatakan cintanya. Hanif tekad. Dia ingin berubah. Meraih cinta Allah keutamaannya sekarang.

Laungan azan Subuh menyedarkan Hanif dari lamunannya. Kini sudah lima tahun perkara itu berlaku. Dia bersyukur kerana terpilih untuk memiliki Hidayah Allah. Kini dia tekad untuk mengekalkan Hidayah tersebut. Dia sedar Allah berhak menarik kembali Hidayah sekiranya tidak dijaga.

Secara tidak sedar..kite mungkin antara golongan yang hipokrit..kite mengaku kite sayang Allah n RasuNya..tapi perbuatan kite melambangkan ta kasih sayang kite tue..? masih ta terlambat untuk sedar dan brubah..dan bagi yang da memiliki Hidayah Allah, istiqamah la dalam melakukan ibadat moga terus menjadi mujahid Allah..InsyaAllah.. J

No comments:

Post a Comment