Saturday, December 3, 2011

sedarlah ukhwi dan ukhti sekalian..

  
“Aku rase kau tak patutla mainkan perasaan perempuan macam tu,” nasihat dari seorang rakan yang kedengaran amat ikhlas, Zarfan “Ala, aku bukannya  nak mainkan perasaan dia pun, dah aku ta suke dia, nak buat macam mne,” lancar kata-kata yang keluar dari mulut Muslih. Ya, Al-Muslih b. Haji Mahmod. Rakan karib Zarfan. Bagi Zarfan, Muslih seorang rakan yang baik. Cuma satu sikapnya yang tidak digemari, ‘bercouple’. Malah, yang lebih mnyedihkan hati seorang sahabat ialah dia sering bertukar tukar kekasih. Sudah puas Zarfan menasihatkan Muslih tetapi hanya sia-sia. Apa yang mampu dilakukan hanyalah berdoa moga Muslih diberi Hidayah dan terselamat daripada lembah kemaksiatan.

  Menuntut di sebuah sekolah berasrama penuh menuntut para pelajarnya supaya sentiasa berdaya saing di dalam bidang akademik. Tetapi lain pula bagi Muslih. Keseronokan bercinta telah melalaikannya. Malah dia lupa akan batas-batas pergaulan. Memang, dia tidak pernah bersentuhan mahupun berdating tetapi dia kerap bermain sms dengan perempuan yang ajnabi baginya. Pada pandangannya, apa yang dilakukan tidak salah tetapi dia lupa akan istilah zina hati. Malah, dia pernah berhubungan dengan tiga orang perempuan sekaligus. Begitu mudah hati seorang remaja Islam tewas dengan tipu daya syaitan.

  Suatu hari, Muslih tersedar akan kesilapannya apabila dia terlibat dengan satu usrah bertajuk “zina hati,zina yang halus.” Dia sedar akan kesilapannya dan berazam untuk berubah. Dia mula mengenal erti cinta Allah. Dia berazam untuk berubah. Muslih telah berkenalan dengan seorang pelajar perempuan bernama Amira yang juga rakan usrahnya. Dia bertukar-tukar pandangan dengan Amira mengenai cinta Allah. Lama-kelamaan, perasaan sayang mula terbit di hati Muslih dan Amira. Mereka menggunakan alasan bercinta kerana Allah dalam perhubungan mereka. Muslih sangkakan itulah apa yang di cari selama ini. Memasuki tingkatan empat, Muslih masih dalam dunianya, “cinta Islamik” yang hanya dibuat-buat. Sikap Muslih membimbangkan Zarfan. Zarfan beranggapan Muslih berpotensi untuk menjadi lebih baik dari itu. Hal ini berdasarkan sikap Muslih yang berani menegur rakan-rakan yang melakukan kesalahan terutama dari aspek agama. Walaubagaimanapun, menjadi tanggungjawab Zarfan untuk mengubah pandangan Muslih.

  Sempena ulang tahun kelahiran Muslih yang ke-16, Zarfan telah menghadiahkan sebuah buku bertajuk ‘Seindah Mawar Berduri’ karya Fatimah Syarha. Di buku tersebut terselit satu nota tertulis, “moga jalan perjuangan di suluh cahaya Ilahi.”

* * * * * * * * * *

  Selesai membaca buku tersebut, air mata Muslih mengalir tanpa disedari. Terdetik di hatinya betapa salahnya perbuatannya selama ini. Dia telah mempergunakan nama Islam! “Astaghfirullah,” lekas Muslih beristighfar atas kesilapan dan kejahilannya. “Aku mesti betulkan kesilapan aku.Allah Maha Pengampun.” Lantas dia mengorak langkahnya yang pertama, memutuskan hubungan yang di bina atas dasar nafsu. Dia memberitahu Amira dengan lancar dan Alhamdulillah Amira juga sedar akan kesilapan mereka.

* * * * * * * *

Wahai ukti dan ukwi para pejuang Islam,

   Hadith Rasulullah S.A.W : “ Barangsiapa yang jatuh cinta lalu menyembunyikannya dan memelihara kesucian dirinya serta bersabar sehingga dia meninggal dunia maka dia syahid.”

Sedarlah wahai syabab dan fatayat. Jiwamu jiwa yang halus. Perlu dididik dengan iman dan takwa kepada Al-Khaleed. Hidupkanlah sunah Rasulullah dalam hatimu dan raihlah cinta Allah dan RasulNya. Masih belum terlambat untuk berubah. Rasulullah S.A.W pernah bersabda : “ Setiap anak Adam pernah melakukan dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa ialah mereka yang bertaubat.”

No comments:

Post a Comment